this is an official blog for INFORMATION TECHNOLOGY subject

this is an official blog for INFORMATION TECHNOLOGY subject

August 11, 2011

UiTM Pahang Yakin Kuasai Karisma

SKUAD futsal Universiti Teknologi Mara (UiTM) Cawangan Pahang yakin muncul juara Karnival Sukan Siswa UiTM Malaysia (Karisma) di UiTM Shah Alam pada 18- 25 November depan.

Pengurus pasukan, Azman Mustapha berkata, kejayaan memenangi beberapa kejohanan sepanjang awal tahun ini menjadi azimat berharga buat skuad terbabit mengintai kejuaraan di kejohanan sulung berkenaan.


Menurutnya, antara kejayaan yang dicapai sebelum ini termasuk juara terbuka Jerantut serta Kejohanan Expo Universiti Malaysia Pahang (UMP) serta tempat ketiga di kejohanan Piala Pegawai Daerah Termerloh 2010 antara rentetan kejayaan yang dibanggakan.

Malah, muncul juara di kejohanan Sukan Institut Pengajian Tinggi (IPTA) Zon Timur di Universiti Darul Iman (UDM) Kuala Terengganu selepas mengatasi UMP di final menerusi sepakan penalti hujung Disember lalu juga menjadi pemangkin kekuatan pasukan.


Katanya, walaupun bakal ditentang hebat lawan dari kampus Melaka, Perak, Johor serta semua pasukan yang bersaing, Azman yakin pemainnya mampu melepasi halangan getir terbabit.

No comments:

Post a Comment